Dapat Duit Dari YouTube

Bagaimana cara dapat duit dari YouTube? Ini persoalan yang sering orang cari di engin pencarian Google. Anda mungkin pernah tertanya-tanya bagaimana sebenarnya nak dapatkan duit dari YouTube bukan? So, post kali ini saya nak kongsi sedikit pengalaman saya buat duit dengan youtube. Tapi sebelum itu? pernahkah anda terfikir berapakah gaji bulanan seorang Youtuber beginner? Pastikan anda tonton dulu video dibawah. Ini pengalaman saya buat duit dengan youtube…

https://youtu.be/4Zy__XcL8As

Begini cara nak dapat duit dari Youtube yang ramai orang masih tak tahu…

So, memiliki channel Youtube anda sendiri merupakan langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan duit dari Youtube. Ini merupakan langkah asas untuk menjadi seorang Youtuber yang berjaya. Caranya simple sahaja, buat pendaftaran akaun Youtube anda melalui akaun Gmail dari Google akaun anda.

Dapat duit dari YouTube channel anda…

Next, fikirkan satu topik yang sesuai untuk channel anda. Apa-apa topik yang anda rasa sesuai untuk ditonton seperti hobi, masakan, make-up tutorials dan sebagainya.

Langkah seterusnya mula buat video pertama anda dengan memberi fokus kepada topik channel anda. Pastikan video anda di edit sebelum anda uploadkannya ke Channel anda. Terdapat banyak aplikasi video editing yang boleh anda cari dan must turun percuma melalui carian di Google, anda juga boleh menggunakan aplikasi video editing pada smartphone anda. So, video yang diedit dengan baik pastinya boleh memberi impak yang besar kepada penonton anda.

So, kunci utama untuk dapatkan duit dari Youtube adalah melalui jumlah penonton anda pada video anda. Semakin banyak penonton yang menonton video anda maka semakin tinggi pendapatan yang boleh anda jana dan apa yang menarik, anda dibayar dalam duit USD!!! Jika ditukarkan ke duit Ringgit Malaysia nilai yang anda terima adalah 4 Kali ganda!! (1USD = RM4.00).

Sangat-sangat lumayan bukan? Jadi, sudahkan anda bersedia nak dapatkan duit dari Channel Youtube anda?

Berminat nak tahu lebih lanjut cara buat duit dengan Youtube? Pastikan anda baca post saya sebelum ini. Klik disini. Semoga bermanfaat.

You Might Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *