Buat Duit Dengan Youtube

Bagaimana cara buat duit dengan Youtube? Ini persoalan yang sering orang ajukan di internet. Mungkin anda juga sering tertanya-tanya bagaimana cara buat duit melalui Youtube BUKAN?. So, post kali ini saya akan terangkan secara ringkas, asas bagaimana nak memulakan channel Youtube dan seterusnya cara menjana duit melalui Channel Youtube anda.

Tapi sebelum itu, pernahkah anda terfikir berapakah gaji sebulan seorang YouTuber beginner? Anda boleh tonton video dibawah! Pastinya ini mungkin dapat memberi semangat kepada anda untuk memulakan channel YouTube anda sendiri.

https://www.youtube.com/watch?v=4Zy__XcL8As

Cara Buat Duit Dengan Youtube

So, sebelum anda boleh buat duit dengan Youtube channel anda, anda perlukan audience atau penonton. Audience, adalah penting kerana mereka inilah adalah sumber utama pendapatan anda!.

Untuk mendapatkan audience, anda kena buat video yang menarik untuk ditonton secara kerap, lebih banyak video yang anda upload di Youtube setiap hari atau setiap minggu, maka semakin banyak audience anda. Jika video yang anda buat menarik minat penonton, maka audience akan suka menonton video anda dan secara tidak langsung mereka akan subscribe channel YouTube anda. Kunci utama buat duit dengan youtube adalah melalui jumlah subscriber anda, semakin banyak subscriber anda, maka semakin tinggi pendapatan yang anda boleh jana melalui Youtube.

TAPI, Sebelum itu, perkara yang paling penting sekali, pastikan video yang anda upload ke Youtube Channel anda mematuhi Youtube Community Guidelines.

Selepas itu, anda boleh sertai Youtube Partner Program (YPP), dimana program ini membolehkan anda menjana duit melalui setiap video yang anda upload.

Perlu anda ingat terdapat 3 syarat yang wajib anda ikuti untuk menyertai YPP… SO

  • Pastikan Video di Channel Youtube anda dalam keadaan baik iaitu Good Standing dengan mengikuti Youtube Comunity Guidlines.
  • Anda mempunyai minimum sekurang-kurangnya 1,000 Subscriber
  • Dalam 12 bulan ini anda mestilah telah mencapai 4,000 jam tontonan.
buat duit dengan youtube, perniagaan, cara buat duit dengan youtube, cara buat duit melalui youtube, buat buat, cara nak cari duit, duit dari youtube

Anda hanya akan layak menyertai YPP, apabila anda mencapai syarat seperti diatas. Jika anda belum mencapai syarat yang diperlukan tekan “Nofify Me When I’m Eligible”. Youtube akan menghantar notifikasi ke email anda jika akaun anda telah mencapai syarat minimum tersebut. Anda boleh semak status akaun anda pada tab “Monetization” di akaun Youtube Studio anda.

buat duit dengan youtube, perniagaan, cara buat duit dengan youtube, cara buat duit melalui youtube, buat buat, cara nak cari duit, duit dari youtube

Jika anda sudah mencapai syarat seperti di atas, anda kini boleh buat duit melalui youtube. Caranya mudah saja, login ke akaun Youtube anda.

Pada sebelah kanan skrin, klik profile gambar anda dan pilih YouTube Studio dan pilih butang “Monetization” seperti dalam gambar dibawah.

buat duit dengan youtube, perniagaan, cara buat duit dengan youtube, cara buat duit melalui youtube, buat buat, cara nak cari duit, duit dari youtube

Next, lengkapkan 3 langkah seperti dalam gambar diatas.

  1. Baca dan terima terma dan syarat daripada Youtube.
  2. Daftar akaun Google Adsense anda.

Untuk step ke-3 tunggu akaun anda direview oleh team daripada Youtube. Jika semuanya baik maka anda sudah boleh mula buat duit dengan youtube melalui iklan Google yang dipaparkan pada video anda.

So, jika anda berminat nak buat duit melalui YouTube, anda boleh TONTON VIDEO dibawah untuk info lebih lanjut.

You Might Also Like

One Reply to “Buat Duit Dengan Youtube”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *